Khamis, 27 Mac 2014

Apartment Desa Anthurium di waktu malam...

Terletak di kawasan yang berketinggian sekitar 1477 meter dari aras laut, malam di Desa Anthurium sememangnya masih menjanjikan kedinginan malam.
Namun ianya bukan sekadar melayan kedinginan semata kerana masih ada beberapa aktivti yang boleh anda lakukan bersama keluarga.


Antaranya pilihan untuk BBQ di laman tengahnya yang mempunyai beberapa pit BBQ dan meja yang boleh digunakan secara percuma.
Cuma bekalan untuk berbbq mestilah dibawa sendiri termasuklah arang dan bahan mentahnya yang boleh dibeli sekitar pekan Brinchang atau pun di Tanah Rata.

Ringkaskan sahaja bahan mentahnya seperti sosej dan burger ataupun ayam segar. Yang utama anda berkumpul dan berbual mesra dengan ahli keluarga yang lain.


Juga saya sangat mencadangkan anda membeli sendiri jaring besi di kedai sekitar Brinchang kerana biarpun jaring mungkin ditinggalkan oleh pengguna terdahulu, kesahihan status halal dan bersihnya boleh diragui.
Sebaiknya, utnuk mengelakkan rasa was-was sebaiknya anda sediakan sendiri peralatan BBQ tersebut.
Tidak mahu berBBQ, keluar sahaja dari desa ini, terletak bersebelahan Hotel De La Fern, terdapat restoran Steamboat yang boleh anda kunjungi.
Mahukan lebih santai anda boleh ke Pekan Tanah Rata yang terletak kurang 2 km jaraknya untuk mencari tempat makan yang selain daripada BBQ ataupun steamboat.
Malam di Desa Anthurium ini boleh anda isi dengan menikmati air teh panas di ruangan balkoni sambil melayan kesejukan dan udara segar selepas pulang dari Pekan Tanah Rata.
Cuma hulurkan sedikit pertimbangan anda jika ingin berbual panjang supaya apa jua yang anda bualkan tidak terlalu kuat sehingga menggangu penghuni desa ini juga.
Juga utamakan kebersihan kawasan sekitar anda kerana anda turut berkongsi kegembiraan anda bercuti di daerah Cameron Highlands ini bersama penduduk tempatan yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda...

Jadi selepas anda berBBQ , pastikan kawasan yang telah anda gunakan dibersihkan sebelum meninggalkannya.
Homestay Di Cameron Highlands

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jika ada pertanyaan silakan meninggalkan catatan dibawah: