Khamis, 27 Mac 2014

Apartment Desa Anthurium di waktu malam...

Terletak di kawasan yang berketinggian sekitar 1477 meter dari aras laut, malam di Desa Anthurium sememangnya masih menjanjikan kedinginan malam.
Namun ianya bukan sekadar melayan kedinginan semata kerana masih ada beberapa aktivti yang boleh anda lakukan bersama keluarga.


Antaranya pilihan untuk BBQ di laman tengahnya yang mempunyai beberapa pit BBQ dan meja yang boleh digunakan secara percuma.
Cuma bekalan untuk berbbq mestilah dibawa sendiri termasuklah arang dan bahan mentahnya yang boleh dibeli sekitar pekan Brinchang atau pun di Tanah Rata.

Ringkaskan sahaja bahan mentahnya seperti sosej dan burger ataupun ayam segar. Yang utama anda berkumpul dan berbual mesra dengan ahli keluarga yang lain.


Juga saya sangat mencadangkan anda membeli sendiri jaring besi di kedai sekitar Brinchang kerana biarpun jaring mungkin ditinggalkan oleh pengguna terdahulu, kesahihan status halal dan bersihnya boleh diragui.
Sebaiknya, utnuk mengelakkan rasa was-was sebaiknya anda sediakan sendiri peralatan BBQ tersebut.
Tidak mahu berBBQ, keluar sahaja dari desa ini, terletak bersebelahan Hotel De La Fern, terdapat restoran Steamboat yang boleh anda kunjungi.
Mahukan lebih santai anda boleh ke Pekan Tanah Rata yang terletak kurang 2 km jaraknya untuk mencari tempat makan yang selain daripada BBQ ataupun steamboat.
Malam di Desa Anthurium ini boleh anda isi dengan menikmati air teh panas di ruangan balkoni sambil melayan kesejukan dan udara segar selepas pulang dari Pekan Tanah Rata.
Cuma hulurkan sedikit pertimbangan anda jika ingin berbual panjang supaya apa jua yang anda bualkan tidak terlalu kuat sehingga menggangu penghuni desa ini juga.
Juga utamakan kebersihan kawasan sekitar anda kerana anda turut berkongsi kegembiraan anda bercuti di daerah Cameron Highlands ini bersama penduduk tempatan yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda...

Jadi selepas anda berBBQ , pastikan kawasan yang telah anda gunakan dibersihkan sebelum meninggalkannya.
Homestay Di Cameron Highlands

Selasa, 25 Mac 2014

Mifzal Apartment kini di Facebook

Anda boleh bersama kami di
Mifzal Apartment @ Cameron Highlands 
di laman Facebook kami untuk perkembangan terkini, pertanyaan dan perkongsian maklumat dan menjadi rakan fb kami.
Jadilah rakan facebook kami.
di SINI

Rabu, 19 Mac 2014

Mifzal Apartment @ Mudah.my


Sebagai pilihan carian anda , 
kami juga boleh di temui di Mudah.my




Mudah.my - Malaysia's Largest MarketplaceMudah.my - Malaysia's Largest Marketplace
Klik SINI untuk ke laman mudah.my kami.. 

Isnin, 17 Mac 2014

Apartment Percutian Muslim @ Cameron Highlands


Mencari kemudahan penginapan khusus untuk muslim? 

Homestay Di Cameron Highlands.

Kami di Mifzal Apartment @ Cameron Highlands menawarkan penginapan muslim dalam pakej sewaan harian untuk percutian anda  tanpa perlu was-was. 

Terletak di Desa Anthurium yang hanya 2 km dari Pekan Tanah Rata dan 2.5 km ke Pekan Brinchang akan memudahkan urusan percutian anda untuk ke tempat menarik sekitarnya.

Berkeluasan 1200 kaki persegi dilengkapi perabut bermutu menanti anda yang memilih kami sebagai destinasi penginapan anda kelak. 

Antaranya kebun-kebun strawberry di Taman Sedia yang diusahakan oleh pengusaha bumiputera Islam yang terjamin halal produk hiliran strawberri atau menjengah ke Stesen Agro Tourism Mardi di Tanah Rata serta singgah sebentar bergambar di Olde Smoke House yang telah dibina sekitar  tahun 1935 yang terletak berhampiran lokasi apartment ini. 


Dengan kelengkapan 3 bilik tidur dan dua bilik air yang lengkap dengan pemanas air pastinya akan menjanjikan keselesaan percutian sekeluarga. 


Juga dengan kemudahan memasak di ruang dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak yang terjamin halal seperti pinggan mangkuk, dapur memasak, peti sejuk, microwave, periuk nasi elektrik yang boleh digunakan tanpa was-was.


Bersantailah anda di malam hari dengan hiburan dan rancangan menarik di rangkain ASTRO  di ruang tamu di waktu malam dengan menghirup air teh yang panas melawan kedinginan malam serta kemudahan internet wifi yang tersedia. 


Semuanya hanya sekitar RM 220 hingga RM 250 semalam dan untuk waktu puncak pakej bermula sekitar RM 300 semalam.

Hubungi , Humaizie di 0199097631 untuk pertanyaan lanjut dan tempahan. 

Ahad, 9 Mac 2014

Peta ke Desa Anthurium


Peta ke Tempat Penginapan Dan Homestay Di Cameron Highlands